Tuesday 20 March 2012

MRSM IDEAPRENEURSHIP 2011

Theme : Mobile Application

Hi guys...arini aku akan bwk students representative from MRSM Kepala Batas untuk bertanding ke peringkat final pertandingan mrsm ideapreneurship 2011 di GMI Bangi..Tentative die start kul 8.00 pagi sok smpai 4.30 ptg...Antara MRSM yang berjaya ke peringkat final ialah MRSM Merbok, PC, Serting, Jeli dan Kepala Batas...

Tahniah diucapkan pada semua MRSM yang berjaya....
Doakan kejayaan kami...Good Luck and all da best to all student...

GO KB GO!!!! ^_^

Monday 19 March 2012

UNJURAN ORTOGRAFIK

Melukis Unjuran Ortografik

Rupa bentuk sesuatu objek tidak dapat digambarkan dengan jelas dan nyata dalam lukisan biasa.Keadaan ini menyukarkan pembinaan sesuatu objek. Oleh itu, kaedah unjuran ortografik digunakan untuk membina sesuatu objek. Unjuran ortografikmerupakan kaedah melukis rupa bentuk objekyang dirakamkan dari 3 pandangan yang berbeza, iaitu pandangan atas (pelan), pandangan hadpaan, dan pandangan sisi. Pandangan-pandangan ini dilukis secara lurus dan bersudut tepat dengan permukaan objek (satah.

LUKISAN TEKNIK KHB TING 2

Alatan lukisan teknik

*Pensel


*Pembaris


*Pemadam


*Papan lukisan

* Sesiku T

*Sesiku set

*Jangka tolok

BAHAN LUKISAN

*Kertas grid

*Kertas isogrid

*Kertas lukisan

Kertas ni kalau korg xtau tu mmg saje laa...

LUKISAN TEKNIK KHB TING 2

Lukisan merupakan luahan idea untuk berkomunikasi. melalui lukisan atau gambaran grafik, seseorang pereka boleh menyampaikan idea-idea kepada orang lain. Untuk menghasilkan lukisan yang baik, beberapa jenis lukisan diperlukan.